Friday 29 July 2011

PLANET-2 CINTA





Novel ini mengisahkan tentang seorang puteri kerajaan Jupiter yang bernama Puteri Elara. Beliau adalah bakal pengganti dan pewaris takhta kerajaan Jupiter pimpinan bondanya Ratu Zeux dan ayahandanya, Raja Thytyus.

Bagaimanapun, satu keanehan telah berlaku di Planet Jupiter. Salji turun lebih awal sehingga bahan kajiannya, Atta colombica telah mati. Namun yang mati itu menjadi permulaan yang lain. Hadirnya Prof Ananke dari Bumi untuk membantunya menyelidik kematian spesis itu telah merubah dan memulakan satu pengalaman hidup yang tidak pernah diduga.

Kerana cinta, dia mengembara.
Namun takdir menentukan yang lain, pesawatnya Juniker 90 yang membawanya ke Bumi telah hilang dari radar.
Puteri Elara terdampar di sebuah planet beracun yang bernama Planet Tas-as-raum.

Kehilangannya ditangisi rakyat Jupiter namun ada dua orang insan
yang terus mencari dan mengharapkan kepulangannya.
Putera Adrastea dan Prof Ananke.
Bagaimanakah kesudahan nasib Puteri Elara?

Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran anda!

No comments: