Thursday 18 August 2011

Misteri:Villa Nabila Johor Bahru

seram seram seram
hehehehe
sape tkot super pondan la
yana boring jdi nk cite seram mlm ni
spe tkot pegi jaoh-2 xyah baca
nnti xboleyh tido mlm plak

salam semua pembaca blog yana. Hari nie nak kongsi satu kisah misteri. Kisah misteri pertama dalam blog yana nie. Pasal apa ya? Villa Nabila. Ya, Villa Nabila. Pernah dengar? Mungkin ramai yang tak pernah dengar rasanya. Tapi bagi kebanyakan anak kelahiran Johor Bahru sudah pasti pernah mendengar cerita berkenaan Villa Nabila. 

Pintu pagar depan Villa Nabila.

First yana nak terangkan kedudukan rumah tersebut. Kebiasaannya harga sesebuah rumah bergantung kepada kedudukan rumah tersebut bukan? Ya, situasi ini amat pelik untuk Villa Nabila. Ini kerana Villa Nabila adalah sebuah rumah banglo di atas bukit menghadap Pantai Lido ataupun lebih dikenali dengan nama Danga Bay oleh orang luar. Yang peliknya, rumah banglo tersebut dibiarkan usang. Mustahil rumah yang mempunyai harga yang tinggi dibiarkan begitu sahaja tanpa sebab yang munasabah. Bangunan di kawasan Danga Bay sudah pasti tidak logik jika tidak digunakan untuk tujuan pembangunan.
Villa Nabila? Kenapa nama tersebut? Mengikut mitos yang sampai dari mulut ke mulut. *Maafkan jika   yana salah menyampaikan. Kisah ini diceritakan kepada yana oleh kawan-kawan yana sendiri yang tidak pasti tentang kesahihan cerita tersebut.

Gambar dari jauh.
Gambar dari tepi
Gambar dari depan
Nabila adalah anak tunggal kesayangan kepada tuan rumah tersebut. Dia dimanjakan oleh kedua ibubapanya. Hinggakan, rumah tersebut diberi nama sempena nama Nabila. Lebih-lebih lagi mereka dikalangan orang berada, sudah pasti wang ringgit bukan masalah bagi mereka. Pada suatu hari, rumah tersebut telah dirompak. Semua yang berada didalam rumah tersebut dibunuh dengan kejam dan mayat mereka di campurkan kedalam simen dan diletakkan didalam sebuah tempat didalam bangunan rumah tersebut. Sehingga kini, dikatakan roh mereka masih merayau-rayau kerana mereka tidak tenang. Ada sahaja cerita yang didengari tentang rumah tersebut. Ada bunyi perempuan menangis, lembaga perempuan terbang diatas bangunan dan macam-macam lagi. Ada juga yang tidak jumpa jalan keluar dari rumah tersebut setelah mengambil satu barang dari rumah tersebut.
Mengikut pengalaman yana sendiri....asrama yana brhampiran dengan villa nabila ni 1 malam yana tak boleh tido jadi yana keluar untuk ambil angin tetiba yana terpandangan villa nabila dan nampak seorang gadis tengah dduk menangis minta tolong apa lagi yana lari masuk bilik dan selubung satu badan dengan selimut semenjak tu yana tak berani nak keluar malam sorang-sorang =)

7 comments:

sahida hasan said...

interesting , shida baca pun dah seram-seram sejuk dah ni , haihh .
johor area mana ? shida tak tahu sangat lah yana :)

bukanretis said...

haish..apsal la aku g baca cite ni mlm2..sorg2 lak tu..hihi

paaN said...

@shida hasan

Johor Bahru area Danga Bay

@aku

sape sroh baca sowg-sowg nnti naek bulu roma hehehe

sahida hasan said...

shida pun baca masa malam2 :D HIHI
ada lah jugak takut , tapi pernah baca jugak pasal villa dalam novel , seram -.-

Unknown said...

yes yes ..
terase gian plakk nak tao story sebenar pasal vila ny .. cari kat mr.google , macam macam versi ade .. tatao mnea yang betol ..

paaN said...

@shida hasan

ooo.....yana pon ada bce dlm novel jge


@haziqah iyka

2la adeck pon xtau btol k tak tpi mmg adeck pnah nmpk la...

Humblemodest said...

http://humblemodest.blogspot.com/2011/02/villa-nabilla.html ,,