Friday 18 March 2011

PRINCE CHARMING

hye smua........ dh lme kn xupdate blog ni idea sgt la ktandusan okey?kali ni nk cite skit la psal novel yg sngatlah best untuk dibaca....hahaha, ade sesiapa yg ingt psal tjuk PRINCE CHARMING kali ni nak citer psal saye jmpe prince ke?msti hmpa kn? :P okey okey , first skali kite tgok gmba n sinopsis dye dlu okey ?


sinopsis:


Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.


“Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”


Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.


Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!


Antara Rezza, Fiq, Nazrul, Hayrul dan Najmi, siapakah Prince Charming yang sebenar? Atau, bukan dalam kalangan mereka? Ada apa dengan Carta Prince Charming? Siapa yang membuatnya? Apakah misteri di sebaliknya? Benarkah sumpahan itu benar?


hah ? menarik bukan?act buat pengetahuan korang semua, buku ini sangatlah tebal sampai saya bersengkang mate semata-mata nak bace buku nie, and ia mengambil masa yg lama jugak nak khatam buku tu, seminggu  tanpa henti XD page die pulak sebanyak 496..tebal kan ? saya biasanya tak bace buku setebal tuh, tapi apakan daya, aura yg ada pada buku tu buatkan saya sampai lewat tidur nak baca buku tu..

buku nie dibeli oleh kwan saya sbb sye thu saye ske bce buku.. mula-mula mmg tak ade nafsu langsung nak baca memandangkan ketebalan buku tersebut, dah beberapa kali saya cuba nak baca buku tu masa cuti sekolah haritu, but still tak sentuh sentuh pun..tapi entah macam mana tetiba hati nie terbuka nak bace novel tu tapi ansur-ansur lah..masa mula-mula baca pun mmg rasa malas sangat tapi lama-lame okey pulak..hahaha ! 

kalau korang nak beli,korg tengok penulis die RATU BULAN ,penerbit die FAJAR PAKEER .. carilah buku tu kat mane-mane bookstore yang korg jumpe, buku nie kwan saya belikan kat MPH bookstore, jadi saya ingin ucapkan BERBANYAK BANYAK TERIMA KASIH BUAT KWAN TERCINTA sebab belikan buku cerita nie, mmg sangat memuaskan dan jalan cerita yang menarik dan tak dijangka jangka...harga die untuk semenanjung malaysia RM 19.90, sabah serawak RM 22.90.. tapi harga tu kat dlm buku lah, yg harga asal saya tak tau sebab ibu cabut harga die supaya saya tak tau :P


p/s :macam macam perasaan ade mase baca novel ni, gembira,sedih,lucu,marah dan sebagainya... jadi bacalah yee...sesuai untuk dibaca dimana jua anda berada :)


No comments: