Monday 1 August 2011

10 HADIAH HARIJADI TERBAIK UNTUK SI GADIS

Bila masuk tahun baru 2011 masing2 mula memikirkan hadiah terbaik untuk harijadi kekasih atau teman hidup mereka tahun ini. Atau mungkin hanya saya seorang fikir macam tu? hehe
Saya tahu kalau lelaki mesti lebih sukakan hadiah yang praktikal dan boleh digunakan seharian. Contohnya, cuba bagi hadiah frame gambar dekat lelaki, apa reaksi mereka? dan cuba bagi hadiah yang sama pada perempuan. Tengok perbezaan. Baiklah, berbeza dengan kaum lelaki, kebanyakan kaum perempuan sukakan hadiah yang bagi mereka, atau kami :p comel dan nampak sweet ^_^, hadiah bermakna ialah hadiah yang mengandungi sentimental value.
Tapi disebabkan zaman semakin maju dan gadis2 sudah semakin nijak, kami juga sukakan hadiah yang praktikal hehe (contoh gadget HAHA). Baiklah ini ialah 10 Hadiah harijadi yang terbaik pilihan Gadis & Wanita untuk sigadis. Lelaki! sila take note!
10 Hadiah Harijadi Terbaik Untuk Si Gadis
1. Bunga
Beritahu saya perempuan mana yang tak suka bunga? (ya saya pun tak gemar sgt, tapi kalau ada org bagi yey!) Bunga ni macam simbol romantik. Bunga mahal, nanti kering jadi potpuri je. Tapi ramai perempuan suka. Jadi jangan bising. Kalau sayang, belikan je :p
2. Coklat
Kebanyakkan gadis sukakan coklat. Sperti yang saya bagitau awal tadi, Gadis sukakan sesuatu yang sweet. Jadi coklat pun dalam category “sweet” dan sweet. get it? :p Tapi jangan bagi banyak2, ini boleh mengundang penambahan berat badan ye.
3. Teddy Bear
Teddy bear dan sigadis umpama sahabat baik. Pendapat sesetengah gadis yang gemarkan teddy bear mengatakan bahawa, engan memeluk teddy bear sewaktu tiur boleh membuatkan meresa selamat dan selesa.
4. Handbag
Handbag adalah satu barang yang selalu dibawa oleh setiap gadis apabila keluar. Handbag merupakan teman akrab gadis untuk diisi pelbagai keperluan jika berada diluar. Percayalah, si gadis akan memakainya sentiasa.
5. Perfume
Perfume merupakan salah satu pilihan yang terbaik untuk sigadis. Tapi hati2, kerana mungkin akan disalah anggap oleh sigadis jika anda salah berkata2 semasa memberi hadiah perfume. Pastikan anda mengetahui brand dan jenis bauan yang diminati oleh sigadis, bagi mengelakkan salah faham.
6. Surprise Party
Kebanyakan gadis sukakan kejutan. Surprise birthday party mampu menceriakan sigadis dan mencipta satu memori yang indah baginya. Dengan mengadakan surprise party, walaupun secara kecil2an, gadis akan tertawan kepada anda kerana ini menunjukkan anda mengingati harijadinya dan anda menganggap harijadinya adalah hari yang penting.
7. Accessories
Gadis dan Aksesori tidak dapat dipisahkan. Aksesori seperti cincin, gelang, rantai ataupun klip2 comel sangat digemari oleh gadis. Mereka juga akan cuba menunjukkan kepada rakan2nya hadiah pemberian anda tu.
8. Kasut
Bagi sesetengah orang mengatakan hadiah kasut simbolik kepada tanda perpisahan, kerana seolah2 menyuruhnya pergi. Tapi tidak begitu, mungkin bagi lelaki, selipar atau satu kasut kasual sudah mencukupi, tapi bagi gadis, seboleh2nya kami ingin menggayakan kasut dengan pakaian yang kami pakai :p hehe
9. Kreativiti
Kreativiti! si gadis sangat sukakan keikhlasan dari seorang lelaki. Jadi tidak semestinya hadiah yang mahal sahaja boleh dijadikan hadiah istimewa harijadinya. Mungkn anda boleh mengubah lagu dan ditujukan pada si gadis? atau dedikasi lagu di radio? atau juga kad buatan tangan anda sendiri. Itu semua dianggap “sweet”
10. Barang kegemaran Si Gadis
Dan yang terakhir, barang kegemarran si Gadis. Tidak semua gadis mempunyai cita rasa yang sama. Tidak semestinya bertanyakan pada gadis yang lain pendapat hadiah yang sesuai itu adalah yang terbaik. Apa yang terbaik ialah, anda mengenali sigadis. Apa kegemarannya, ini lebih menunjukkan anda perihatin dan ambil berat tentangnya.
psst:: Saya suka coklat!! banyak2!! ada sesiapa nak belikan saya coklat untuk harijadi saya tahun ni? :p Anda nak hadiah apa?

1 comment:

nazihahisa said...

salam, saya rasa post ini diambil 100% dari blog gadisdanwanita.com jika boleh anda berikan kredit tanda penghargaan kepada penulis. terima kasih

-admin G&W-